Ini sebenarnya bukanlah kisah rindu semata - mata. Ini namanya kisah mahu mengadu.
Kebelakangan ini, atau lebih tepat ku kira sejak awal Januari yang mana sudah hampir 5 bulan ini, nyata hidup tak selesa. Rasa marah. Rasa geram. Rasa tak bermaya. Rasa seperti hidup sekadar 'just with the flow'. Atau frasa tepatnya adalah 'wallowing myself into broken'.
Tetapi jelasnya adalah marah pada diri. Marah kerana dugaan sekecil itu tak mampu hendak di ubah menjadikan ia sang dugaan kepada sang peluang untuk memajukan diri.
Jujurnya kadang - kadang merasakan bahawa orang - orang di sekeliling tidak adil. Padahal diri sendiri yang tidak mahu berubah. Padahal, diri sendiri yang tidak mahu melakukan.
Konflik dalam diri. Bukan keras hati tapi mengeraskan hati. Konon - konon biar diri jadi kuat hingga tiada orang mampu berkata apa - apa lagi. Bunyinya memang pelik.
Aku memang takut kalah. Lebih - lebih lagi bila dibandingkan dengan orang itu. Terasa mahu memberontak tapi akal masih ada. Bagaimana ye, ada orang lain mampu berubah dengan baik?
Atau, beginikah rasanya kurang kasih sayang?
Then, the title of this entry makes sense. Rindu.
Rindu pada masa lalu.
Rindu pada ketenangan masa lalu.
Rindu pada kedamaian masa lalu.
Rindu pada semangat yang tinggi, komitment tidak berbelah bahagi.
Rindu pada hari - hari ceria yang sukar nak di ulang.
Tapi yang lebihnya
Rindu pada suaranya. Rindu pada belaiannya. Rindu akan nasihatnya.
Tak kurangnya juga
Rindu pada teman itu
Rindu yang sukar nak diungkap
Nun jauh dalam hati, aku ingin berubah. Aku ingin menjadi yang lebih baik. Aku mahu jadikan dugaan kecil itu satu peluang.
Cuma, aku perlukan sokongan kalian. Sokonglah aku seadanya. Nasihatkanlah aku baik - baik. Sayangilah aku dengan ikhlas hati.
Jadi benarlah ini rasanya kurang kasih sayang? Atau sebab utamanya adalah kerana aku berkecil hati?
Apapun jua, aku perlu masa. Perlu masa mencari diri aku semula. Bantulah aku. Dan titipkanlah doa kalian. Moga - moga kita berhasil. Aku mahu mencari kasih sayang Allah yang mutlak.