Friday, November 4, 2011

The Untold 1

Pandangan matanya tak lepas dari memandang laut yang membiru. Kosong, tak beriak rasa yang ditanggung. Hatinya sedih. Jiwanya rasa tak menentu. Dia takut. Dia bimbang. Dan begitu payah dia untuk merelakan.

Inikah yang dikatakan unspoken love? Bitter sweet? Cinta di angin lalu? Ah sudah Cik Zahra dah sewel. Dia geleng kepalanya. Luar alam dah ni! Tuturnya pada diri.

Memang luar alam. Memang Cik Zahra dah naik sewel. Semalam, tak disangka – sangka air matanya mengalir bila diberitahu tentang itu. Entah kenapa, cepat – cepat dia bangun dan meninggalkan housemates yang membawa khabar. Begitu sekali penangannya? Agaknya memang ada rasa buat dia? Entah.

Azahra bangkit. Dia telah buat keputusan. Kalau dia tegar pergi begitu sahaja, Azahra juga perlu tabah. Di hatinya dia berdetik.

Ini memang cinta di angin lalu....

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Entah kenapa hatinya tiba – tiba runsing. Dalam ramai – ramai rakan sekerja, dia masih belum bertemu perempuan itu. Tadi di pejabat, biliknya kosong sahaja. Difikir-fikir agak lama juga tidak bertemu perempuan itu sejak Program Amal Semurni Kasih berlalu. Dah hampir dua bulan.

Entah apa juga yang membuatkan dia ingin bertemu perempuan itu tadi. Mungkin juga ini hari terakhirnya di pejabat ini. Jadi, dia ingin bermohon maaf. Kusut!

Aizad bangkit. Barang – barang sudah dikemas. Tak banyak pun sebenarnya. Tiba – tiba telefonnya berbunyi. Sms dibaca dan dia mengukir senyum. Segera langkah kakinya diayun turun ke tingkat tiga. Ke Bahagian Pembangunan.

“Assalamualaikum.” Pintu bilik diketuk lalu dibuka. Salamnya dihulur. Wajah yang muran itu memandangnya seperti terkejut.

“Waalaikumussalam. Masuklah.” Aizad tahu, senyum yang terukir sekadar menutup rasa yang tidak enak. Senyum paksa atau senyum pahit!

“Today is my last day.” Ujarnya lalu segera mengambil duduk bertentangan dengan tuan punya bilik. Wajah suram itu kembali mengukir senyum. Sweet pain!

“So, I mintak maaf. Mungkin banyak membebankan you all this while.” Aizad terkaku seketika. You are stealing my words, girl. Desisnya dan dia senyum sedikit.

“Forgiven. Could you forgive me for the same reasons?” Dia tergelak tiba – tiba.

“You are forgiven. So, you are happy now? Dapat balik to your hometown?”

“Yeah. Balik kampung,” tapi tinggalkan you. Aizad sengih. Mematikan terus kata – kata dalam fikiran. Baik didiamkan. Luar alam sangat ni.

“So, I wish you good luck.” And good luck too to me.

“Thanks. Keep contacting yeah,” balas Aizad. Dan senyum pahit.

“Sure.” Azahra balas. Dan juga menghulur senyum. Pahit. Bittersweet or Sweet pain? Dua – dua boleh.

Aizad bingkas bangun. Nak cakap ke tidak. Namun badan sudah mengiring. Hati Azahra rawan serta – merta. Nak cakap ke tidak. Dan dalam minda bergema lagu Allahyarham P. Ramlee yang dah diberi nafas baru oleh Liza Hanim.

Jangan tinggal daku
Oh kasih oh sayangku
Dinda sedang rindu
Padamu yang selalu ku puja
Hanya dikau seorang
Oh bintang oh pujaan
Tempat kasih sayang
Harapan di masa hadapan
c/o
Andai kanda pergi
Daku teman tiada
Meratap sunyi
Hampa merana
Oh jangan tinggal daku
Oh kasih oh sayangku
Dinda sedang rindu
Padamu yang selalu ku puja

“Aizad!” panggilnya tanpa sedar. Langkah Aizad terhenti. Dia berpaling. Keningnya diangkat. Bertanya.

“Have a safe journey onwards.” Aizad senyum. Lalu mengangguk.

“You too. Take care.”balasnya. Bila pintu itu ditutup, sebak dalam dada memuncak. Dan akhirnya dia berpamitan.

Jaga diri elok – elok Azahra. Happy always. Jangan nakal – nakal. Jangan lupakan I.

Dan begitulah juga Azahra dari dalam bilik.

Selamat berjuang Airil Aizad. Jangan nakal – nakal. Jangan lupakan I.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Thursday, November 3, 2011

Cerita Azahari 1

Azahari pandang wajah yang dari tadi menunduk. Dalam hatinya dia berasa pilu. Ya Allah, mengapa aku tak pernah sedar? Mengapa aku tak pernah tahu tentang ini? Desis hatinya.

Sejak seminggu Azahari tak duduk diam. Lebih jelas lagi sejak dia menerima satu file yang diemelkan oleh Amril, sahabat yang dikenali dari zaman budak – budak. Kawan yang pernah sekelas dari tingkatan satu sampailah ke tingkatan tiga sebelum dia sendiri masuk sekolah teknik dan kawan yang satu ke MRSM.

Emel itu membuatkan hatinya berdebar – debar. Membuatkan tidurnya terganggu. Membuatkan fikirannya serabut. Dan hatinya menangis juga bila membaca warkah yang diemelkan. Dari sehelai hinggalah ke beratus – ratus mukasurat.

Benarlah kata penulisnya bahawa dia ingin menulis panjang disini. Tak pernah Azahari fikirkan bahawa sahabat yang satu benar – benar ambil berat tentang apa yang dialaminya. Dan tak pernah dia bayangkan bahawa perempuan itu sememangnya masih punya rasa untuknya.

Jika dahulu, mungkin ini perkara biasa. Dulu memang Azahari dan perempuan itu yang dianggapnya sahabat sejatinya saling ambil berat. Saling memberi nasihat dan saling menegur sebarang kesilapan. Waktu dulu, hubungan itu sering disalaherti oleh orang – orang sekeliling. Apatah tidak, cukup tiga hari, mereka akan saling menghubungi dan dia masih ingat betapa runsingnya hati bila sahabat yang satu tak dapat dihubungi langsung untuk empat hari. Sungguh, jika dahulu, apa – apa yang terjadi pada dirinya akan diceritakan satu persatu kepada sahabat itu. Senang cerita sahabat itu adalah orang pertama yang akan dicari jika ada sesuatu yang berlaku dalam hidupnya.

Tetapi keadaan berubah. Dia tak sanggup menerima cinta dari sahabat itu. Tak senang benar hidupnya bila persahabatan itu disalaherti. Bukan oleh orang lain tetapi dari sahabat itu sendiri. Azahari kecewa. Kemudian, satu persatu masalah muncul hingga dia sendiri sudah tidak tahu bagaimana hendak berkawan dengan sahabat itu lagi.

Melalui catatan itu, barulah dia faham. Betapa sukarnya perempuan itu memulakan hidup tanpa dia. Rasa bersalahnya bagai gunung.

Hari ini aku sedih. Aku ada berita gembira. Aku hendak khabarkan pada dia. Tapi keadaan sekarang tak ubah seperti aku si ibu kucing hilang anak. Tidak. Lebih teruk lagi. Aku si ibu orang, hilang anak.

Azahari fikir, masa akan mematangkan perempuan itu. Tetapi dia silap, perempuan itu hanya mahukan dia. Namun sikap pendiamnya membuatkan tak siapa tahu. Azhari ingat, waktu dia mula – mula bersama Nia. Waktu dia mula – mula minta pendapat tentang niatnya hendak meminang Nia. Walau, dalam riak gembira rupanya dia bersedih.

Tahniah sahabat kesayanganku. Moga kau hidup bahagia. Nia, tolong jagakan Zari buat aku. Bahagiakan Zari Nia.

Dan pada catatan itulah baru dia ketahui, siapa yang memberikan hadiah pakej bulan madu ketika hari perkahwinannya dengan Nia. Sungguh.

Aishah Humairah hanya mahu aku bahagia. Dimana dia sekarang? Dan bagaimana pula catatan ini dikirimkan melalui emelnya oleh Kamal Amril?

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

“Masuklah Zari. Dah lama dia menunggu.” Terkaku sebenarnya dia Kamal Amril membawanya ke sebuah rumah besar ini. Ini rumah Aishah kah?

“Pintu bilik itu dibukanya. Kelihatan seorang lelaki sedang bersama dengan Aishah. Mereka kelihatan mesra. Tetapi Aishah agak lemah. Sakitkah dia?

“Assalamualaikum. Masuklah Azahari. Saya Faris, suami Aishah.” Salam dijawab. Otaknya memikir, bila dia kahwin?

“Aishah sihat?” itu soalan pertamanya bila melabuh punggung di kerusi yang disediakan. Dia lihat Aishah senyum segaris.

“Alhamdulillah. Biasalah sakit sikit – sikit.” Dia diam sahaja. Adakah Faris tahu tentang catatan itu?

“Oh ya, maaf sebab mintakkan Amril emel catatan tu. Kau dah baca?”

“Sudah.”

“Betul, kau dah baca sampai akhir?”

“Belum habis. Kenapa kau tak pernah beritahu aku? Kenapa baru sekarang.”

Wajahnya pandang Aishah tepat – tepat. Perempuan itu masih beriak biasa. Suaminya juga tenang sahaja.

“It takes me 13 years to understand my own feelings toward our friendship, Zari. Sejak tingkatan tiga, sampailah waktu kau kata kau dah tak reti nak berkawan dengan aku. And that notes aku karang waktu aku tak tahu nak bersandar pada siapa.”

“Mengapa sekali pun tak pernah beritahu aku apa yang kau rasa. At least after that hard moments.” Azahari pandang pula wajah Faris. Maafkan aku kawan. Kau sebenarnya tak patut ada kat sini sekarang. Maaf kalau aku guriskan perasaan kau.

“Zari, pertamanya aku minta maaf. Aku takut dan aku sayang persahabatan kita. Dan aku sayang persahabatan aku dengan Nia.”

Nia?

“Aku harap kau baca sampai habis catatan tu. Lepas tu, aku harap, aku dan suami boleh berkawan dengan kau seperti dulu. Seperti sebelum kita bergaduh atau seperti sebelum aku ada perasaan lain dengan kau. Catatan tu aku tulis bukan untuk buktikan pada kau bahawa perasaan sayang aku pada kau seperti yang pernah aku beritahu kau. Tapi catatan tu aku tulis sebab aku nak beritahu kau betapa aku cuba untuk menjadi rasional demi sebuah persahabatan yang tiada nilainya. Catatan itu sebenarnya aku tulis untuk diri sendiri. Untuk jadi kuat. Untuk belajar redha. Catatan tu aku berikan pada kau supaya kau boleh simpan. Untuk kenang – kenangan untuk anak cucu tentang persahabatan.”

Azahari tertunduk diam. Rupanya dia silap dalam membuat perkiraan. Memang dibacanya laju – laju. Dia juga skip beberapa helai. Dan sungguh dia masih belum membaca helaian terakhir catatan itu. Mana mungkin dia teruskan, bila hatinya diselebungi rasa bersalah. Mana mungkin diteruskan kalau selama ini sahabat itu merana kerananya. Dia hanya fikir satu. Amril mesti dihubungi dan Aishah mesti ditemui dengan segera.

“Zari, jangan marah atau malu. Aku nak kenalkan kau pada Faris hari ini. Maaf, sebab tak beritahu bila aku menikah. Tetapi, kendurinya nanti, bulan tiga. Datang ye. Bawa Nia. Aku rindu Nia. Nanti kau datang tau. Jangan tak datang. Bawa Nia. Aku hendak jumpa Nia.”

Nia?

“Insya Allah.”

Faris bangun seketika. Diletakkan tubuh sang isteri agar bersandar elok di kerusi. Azahari tergamam? Sakitkah dia?

“She’s having fever just now tapi tetap nak jumpa her bff. Jom kita ambil angin kat luar. Kesian pula Amril kat luar tu kan?” Faris senyum lalu memaut bahu Azahari yang waktu itu sudah bangun dari kerusi. Mindanya masih belum mampu merungkai apa yang sebenarnya dikatakan oleh Aishah. Masih ada bahagian yang tidak dapat difahaminya. Perlahan – lahan dia mengikut rentak Faris menuruni tangga rumah besar itu. Dan bila dia sudah sampai di ruang tamu, matanya dengan jelas mempamer wajah Azfar Afiqi. Ya Allah, waktu itu langkah kakinya dipercepatkan. Dan waktu itu dia nampak wajah Nia. Juga bayi mereka.

“Azahari, Aishah beritahu saya mula – mula kami bercinta. Dia kata dia mahukan her bff only. Tetapi dia tak sanggup nak hampakan perasaan isteri bff nya yang juga kawan dia. Dia kata dengan saya, dia hendak kahwin dengan saya sebab saya cintakan dia. Dan bila dia jumpa isteri awak pada satu hari, dia beritahu saya bahawa, dia cintakan saya. Dan dia janji dengan saya untuk buat sesuatu untuk sahabat kesayangannya. Hari ini, dia temukan awak dengan keluarga awak. Fikir elok – elok Azahari. Kita orang lelakilah yang jadi ketua keluarga. Salah bagaimana pun isteri, kita juga ada salahnya. Bincanglah. Buang ego awak.”

Tak terkata Azahari. Rindu pada Nia. Pada Azfar Afiqi juga pada bayi yang tak pernah dia temui itu sudah mengatasi segala – galanya. Rasa bersalah pada keluarga kecilnya ini melonjak – lonjak. Malu rasanya pada Faris, Amril dan pada Aishah sendiri.

“Pergilah. Jangan malu dengan saya. Take your times. Saya nak jumpa Amril diluar. Nanti, datanglah dekat anjung diluar. Kami tunggu.” Ujar Faris lagi. Lega hatinya melihat bagaimana sebuah keluarga dipertemukan begini. Dalam hatinya dia berdoa. Moga – moga rumahtangga yang dibina dengan Aishah Humairah berkekalan tanpa perlu berpisah begini. Dan moga – moga persahabatan mulia ini menjadi sebuah kenangan terindah buat kami semua.

Usai menjenguk Amril dan berbual dan bila keluarga Azahari menyertai mereka dianjung, Faris berlalu seketika. Isteri yang sedang sakit dijenguk.

“Eh, dah sihat?” tegurnya apabila melihat Aishah Humairah sudah menukar pakaian dan bertudung lebih kemas. Tidak seperti tadi hanya bersweater dan bertudung ekspress. Ini sudah siap dengan blouse dan selendang cantik menutupi auratnya.

“Orang datang rumah kita, tak elok pula kita memerapkan? Bukan selalu mereka datang. How was the plan, dear?” Faris senyum lega. Tubuh sang isteri ditarik dekat.

“Smooth as your plan, honey. Credit to you.” Ujarnya lalu hidung sang isteri ditarik. Aishah menjerit kecil. Tapi tak lama.

“Sayang, thanks for being so understanding.”

“Never mention it honey. We are husband and wife now. Together we stand tall kan?” Dia senyum lalu mengangguk. Faris cium dahi sang isteri. Perlahan – lahan mereka melangkah keluar dari bilik dan menyertai sahabat – sahabat di anjung.

Iya, moga, kasih sayang ini berpanjangan....................