Pandangan matanya tak lepas dari memandang laut yang membiru. Kosong, tak beriak rasa yang ditanggung. Hatinya sedih. Jiwanya rasa tak menentu. Dia takut. Dia bimbang. Dan begitu payah dia untuk merelakan.
Inikah yang dikatakan unspoken love? Bitter sweet? Cinta di angin lalu? Ah sudah Cik Zahra dah sewel. Dia geleng kepalanya. Luar alam dah ni! Tuturnya pada diri.
Memang luar alam. Memang Cik Zahra dah naik sewel. Semalam, tak disangka – sangka air matanya mengalir bila diberitahu tentang itu. Entah kenapa, cepat – cepat dia bangun dan meninggalkan housemates yang membawa khabar. Begitu sekali penangannya? Agaknya memang ada rasa buat dia? Entah.
Azahra bangkit. Dia telah buat keputusan. Kalau dia tegar pergi begitu sahaja, Azahra juga perlu tabah. Di hatinya dia berdetik.
Ini memang cinta di angin lalu....
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Entah kenapa hatinya tiba – tiba runsing. Dalam ramai – ramai rakan sekerja, dia masih belum bertemu perempuan itu. Tadi di pejabat, biliknya kosong sahaja. Difikir-fikir agak lama juga tidak bertemu perempuan itu sejak Program Amal Semurni Kasih berlalu. Dah hampir dua bulan.
Entah apa juga yang membuatkan dia ingin bertemu perempuan itu tadi. Mungkin juga ini hari terakhirnya di pejabat ini. Jadi, dia ingin bermohon maaf. Kusut!
Aizad bangkit. Barang – barang sudah dikemas. Tak banyak pun sebenarnya. Tiba – tiba telefonnya berbunyi. Sms dibaca dan dia mengukir senyum. Segera langkah kakinya diayun turun ke tingkat tiga. Ke Bahagian Pembangunan.
“Assalamualaikum.” Pintu bilik diketuk lalu dibuka. Salamnya dihulur. Wajah yang muran itu memandangnya seperti terkejut.
“Waalaikumussalam. Masuklah.” Aizad tahu, senyum yang terukir sekadar menutup rasa yang tidak enak. Senyum paksa atau senyum pahit!
“Today is my last day.” Ujarnya lalu segera mengambil duduk bertentangan dengan tuan punya bilik. Wajah suram itu kembali mengukir senyum. Sweet pain!
“So, I mintak maaf. Mungkin banyak membebankan you all this while.” Aizad terkaku seketika. You are stealing my words, girl. Desisnya dan dia senyum sedikit.
“Forgiven. Could you forgive me for the same reasons?” Dia tergelak tiba – tiba.
“You are forgiven. So, you are happy now? Dapat balik to your hometown?”
“Yeah. Balik kampung,” tapi tinggalkan you. Aizad sengih. Mematikan terus kata – kata dalam fikiran. Baik didiamkan. Luar alam sangat ni.
“So, I wish you good luck.” And good luck too to me.
“Thanks. Keep contacting yeah,” balas Aizad. Dan senyum pahit.
“Sure.” Azahra balas. Dan juga menghulur senyum. Pahit. Bittersweet or Sweet pain? Dua – dua boleh.
Aizad bingkas bangun. Nak cakap ke tidak. Namun badan sudah mengiring. Hati Azahra rawan serta – merta. Nak cakap ke tidak. Dan dalam minda bergema lagu Allahyarham P. Ramlee yang dah diberi nafas baru oleh Liza Hanim.
Jangan tinggal daku
Oh kasih oh sayangku
Dinda sedang rindu
Padamu yang selalu ku puja
Hanya dikau seorang
Oh bintang oh pujaan
Tempat kasih sayang
Harapan di masa hadapan
c/o
Andai kanda pergi
Daku teman tiada
Meratap sunyi
Hampa merana
Oh jangan tinggal daku
Oh kasih oh sayangku
Dinda sedang rindu
Padamu yang selalu ku puja
“Aizad!” panggilnya tanpa sedar. Langkah Aizad terhenti. Dia berpaling. Keningnya diangkat. Bertanya.
“Have a safe journey onwards.” Aizad senyum. Lalu mengangguk.
“You too. Take care.”balasnya. Bila pintu itu ditutup, sebak dalam dada memuncak. Dan akhirnya dia berpamitan.
Jaga diri elok – elok Azahra. Happy always. Jangan nakal – nakal. Jangan lupakan I.
Dan begitulah juga Azahra dari dalam bilik.
Selamat berjuang Airil Aizad. Jangan nakal – nakal. Jangan lupakan I.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
No comments:
Post a Comment