Monday, July 29, 2013

Kisah bertabah

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Alhamdulillah dah 20 hari kita berpuasa. Maksudnya sudah 2/3 Ramadhan. Syukur. Moga - moga amalan di bulan penuh rahmat di teruskan bersungguh - sungguh.

Tak banyak yang hendak saya kisahkan sebenarnya cuma saya mahu bertabah.

Kawan yang saya rindui itu agaknya benar - benar sibuk hinggakan tak mahu membalas walau satu sms kepada saya. Mungkin dia sudah tidak mahu berkawan dengan saya agaknya. Saya sedih. Tak tahu bagaimana hendak saya lakukan. Terkenang - kenang dia di bumi tanah bersejarah itu. Rindu,

Tak mengapalah jika dia tidak mahu lagi berkawan, Tak mengapalah jika jika tak mahu lagi menghantar khabar. Tak mengapalah jika dia sudah lupakan saya.

Biarlah saya bertabah. Biarlah sedih ini saya uruskan sendiri. Tak mengapalah. Saya kuat orangnya.

May Allah bless you always, dear friend.
May only the precious will be yours.
May only the best will you acquire.

Somehow in future, if you need shoulder to cry, I am ears... 

Thursday, July 11, 2013

Sampaikan Salamku...

Pintu bilik dikuak. Langkah kaki diatur menuju keluar. Sang adik dah terbaring depan ruang menonton. Dia sengih sahaja memandang sang kakak yang baru keluar dari bilik sejak jam 8 malam semalam. Sang kakak buat selamba. Dia melangkah lagi. Menuju tangga untuk turun ke bawah. Dia berasa lapar. Sejak semalam protes makan dijalankan. Tetapi hari ini dia sudah berasa lapar yang maksima. Dia perlu makan. 

"Masuk dapur tu, masakkan Am nasi goreng." sang adik berpesan. Dia berhenti melangkah. Berpaling ke atas sebentar.

"Nak makan, masak sendiri!" tukasnya segera. Kaki dihayun lagi. Dia malas nak menunggu balasan dari Ilham. 

'Kau dah besar kan?' jawabnya lagi. Dalam hati.

"Am, kemas kat bawah ni!. Serabut giler dengan buku kau!" jerit dia bila menghampiri ruang tamu utama. Naik sakit matanya melihat kertas - kertas atau buku - buku milik Ilham.

"Tolong kemas!" balas sang adik. Turut sama menjerit.

"Banyak songeh kau!" dia mencebik. Balas menjerit juga. Kakinya dihayun laju menuju ke dapur. Sampai sahaja di dapur, dia capai mug dan buka fridge. Air susu dikeluarkan. Minum sampai habis. Seluruh fridge dipandang. Nampak susu masih banyak, ada lemon sebiji. Ada juga telur. 

Dia sengih lagi. Dah tahu menu sarapan untuknya! 

Mug dia letakkan atas kabinet dekat fridge. Dia keluarkan susu segar dan lemon dari dalam fridge. Bawa ke meja, dia capai satu bekas kecil. Susu disukat dalam 1 cup lalu dimasukkan dalam bekas. Lemon dipotong dua dan diperah airnya ke dalam susu. Ini namanya buat buttermilk. Susu direhatkan seketika. Lebihan susu segar dan lemon dia masukkan semula dalam fridge. 

Kemudian dia capai besen sederhana besar. Dia buka pula kabinet bawah dan keluarkan tepung, baking soda, baking powder. Dia kaut 1 cawan suku tepung, satu sudu kecil baking power, setengah sudu baking soda. Usai semuanya dia kembali memasukkan tepung, baking soda dan baking power dalam kabinet. Dia beralih pula ke ruang kabinet berhampiran dapur. Dia masukkan sedikit garam dalam tepung. Kemudian, dia capai pemukul telur dan gaul rata adunan tepung tadi. 

Adunan tepung sudah digaul dia letakkan di atas meja berdekatan buttermilk. 

Kemudian, dia ambil sebiji telur dalam fridge lalu dipecahkan dalam bekas kecil. Dia kacau sedikit dan dimasukkan pula beberapa titik esen vanila. Kacau lagi. Kemudian dia ambil satu sudu besar dan sukat dua sudu besar minyak jagung lalu dimasukkan ke dalam telur. Kacau - kacau lagi. 

Usai semuanya, dia kembali duduk di meja. Adunan minyak dan telur dia masukkan dalam susu. Kacau sungguh - sungguh dan adunan susu dicurahkan dalam tepung. Kacau hingga sebati dengan pemukul telur. Bila selesai dia bawa adunan tepung itu berhampiran dapur. Bekas - bekas telur dan susu dia bawa ke sinki. Basuh terus. Dan selepas itu barulah dia memasak pancakes untuk sarapan pagi. 

"Wah pancakes!!!" Ilham entah bila sampai, menegurnya. Dia sengih. 

"Kau kemas belum ruang tamu?" soalnya lembut sambil membalik pancake dalam kuali leper. 

"Sudah."

"Baik, lepas ni, teman aku shopping. Guna duit kau!" 

"Banyak cantik." jawab Ilham sinis. Dia masih tak beriak.

"Aku memang cantik!" dia membalas selamba. Ilham mencebik. 

"Mana kau nak pergi?" soal Ilham. Dia sengih. Ada can la nie... duganya dalam hati.

"ECM." jawab dia sepatah. Pancake dalam kuali diangkat letak dalam pinggan yang telah dia sediakan. Dia scoop lagi adunan tepung ke kuali. Satu scoop setengah. Mangkuk tepung dia letakkan kembali berdekatan pinggan pancake.

"Kau angin pasal apa kali ni?" Ilham yang sudah duduk di meja makan bertanya. Dia tahu kakaknya yang seorang jarang berkelakuan begini kalau tidak ada apa - apa.

"Masalah negara. Kau tak payah tahu lah. Karang teman aku shopping aje!" Pancakes dalam kuali dia palingkan. 

"Bawak bercerita dengan aku, Mana tahu aku boleh tolong." ujar Ilham lagi. Dia mengeluh sebentar. Pancake dalam kuali dia angkat. Api dipadamkan. Dia bawa dua keping pancake dalam pinggan ke atas meja. Pancakes saiz besar. Dia malas buat - buat kecil - kecil. Dia mengambil duduk di kerusi makan.

"Aku rindu Qhaleed." Gumamnya rendah.

Ilham sengih sedikit. Masalah negara lah sangat. Terkenang si Qhaleed rupanya. Alahai kakak aku sorang ni!

"Qhaleed je pun?" omel Ilham pula. Mengusik. Tapi wajah sang kakak tak berubah.

"Qhaleed is Qhaleed. My Qhaleed." akuinya pula. Ilham menggeleng - gelengkan kepalanya. Pancake dalam  pinggan di capai satu. Bawa masuk dalam pinggan lagi satu. Dia bingkas bangun ke arah peti ais. Botol berisi lima sauce caramel ditarik dengan tangan. Peti ais ditutup dia kembali duduk mahu menikmati pancake buatan sang kakak.

"Relaks la kakak. Qhaleed  busy la tu." pujuk Ilham. Pancake di masukkan dalam mulut. Nasib baik sedap. Tapi kakak memang pandai masak pancake pun. Wajah sang kakak di kerling sekejap. Wajah muram. Jatuh kasihan pula dengan kakak seorang ni.

"Kalau dengan pergi shopping tu boleh buat kau happy, jomlah kita keluar. Tapi sponsor separuh - separuh. Kalau kau mengidam jam guess macam hari tu dengan papa, kau bayar sendiri. Tapi kalau setakat kau mengidam handbag, bolehlah aku pertimbangkan." ujar sang adik. Memujuk. Wajah sang kakak dia pandang lagi. Ada sedikit riak gembira. sang kakak dah tersenyum.

"Dah makan. Kang gastrik, puas lak aku usung gi hospital. Qhaleed kau tu dah la jauh di Durham. Susah pulak karang."

Dia sengih pada sang adik. Dia tahu adiknya boleh bantu. Sejak Qhaleed takde, memang adiknya si Ilham lah yang jadi partner pergi beli belah.

Betul, dia sangat rindu Qhaleed. Dah hampir enam tahun Qhaleed di Durham. Sebaik sahaja habis IB, dia buat degree then sekarang tengah struggle habiskan master. Janganlah dia nak duduk sana terus lepas ni sudahlah. Aku juga yang merana. Gumamnya. Lamanya nak tunggu sampai hujung Jun. Sekarang baru masuk bulan Februari. Last dapat berSkype dengan Qhaleed, dua bulan lepas. Qhaleed dia tengah sibuk. Qhaleed mohon dia doa banyak - banyak. Qhaleed kata, tak lama lagi ada assessment. Qhaleed kata sebaik sahaja dia hantar projek ini, dia akan balik. Balik sementara tunggu majlis konvokesyen. Qhaleed kata, kalau papa benarkan, dia nak bawa pujaan hatinya meraikan hari konvokesyennya nanti.

Tapi benarlah. Qhaleed tengah berusaha. Cuma kadang - kala dia tak berapa sabar nak menunggu. Dia bimbang sangat. Yelah dah enam tahun Qhaleed di Durham. Setahun sekali sahaja dia balik. Dapatlah mengubat rindu.

Tetapi, sekarang dah masuk dua bulan Qhaleed diam. Dia rungsing. Tapi dia tidak mahu ganggu Qhaleed. Itu yang dia bertabah sendiri. Itu yang buat kadang - kala dia kalah juga. Macam semalam. Dia rindu sangat Qhaleed. Dia mahu berskype, Qhaleed offline. Mahu Whatsapp, juga Qhaleed offline. Mahu menelefon, katanya nanti mahal.

"Kakak, why not you post him something."
"Like what?"
"Random. A card or perhaps some malaysian foods. Like kueh raya you post last Aidilfitri."
"Okaylah. I wanna post sambal tempe kering. Accompanied with a 'I Miss You' card." kakak dah sengih nakal. Ilham senyum juga.
"Yeah, I like the one you make for Najla Wedding Gift set previously." Ilham mengulas lagi. Teringat sang kakak memang pandai masak sambal tempe goreng kering. Memang tak basah langsung. Sedap. Rangup. Sambal tempe yang sebenarnya dibuat kueh raya dan bila Najla kahwin baru - baru ini dia buat sambal tempe itu diangkat jadi manisan hantaran.

"Luckily Nenek sempat ajar kakak. Dapatlah dihantar ke Durham. Buat melepas rindu."

"Oh, melepas rindu ye? lawak gak kau ni kenkadang."

"Kecohlah kau kakak."

"Nanti kau sponsor beli barang sambal tempe kering ye."

"Baiklah kakak." Ilham redha. Dalam hati dia menyeru Qhaleed, baik kau cepat - cepat siapkan master. Balik sini cepat. Aku dah lah belum kerja tapi awek kau ni asyik nak mengabis duit aku aja! Kakak aku tu nama aje dah jadi arkitek tapi kuat sangat mengabis duit aku kalau rindu kan kau.

Ilham redha. Kakak seorang aja. Itulah kakak itulah adik. Dah nasib dua beradik.

Iya, Qhaleed, aku serius! Kata Ilham dalam hati lagi. Tapi bila sang kakak kembali ceria, hatinya berkata, tak apalah aku berabis utk sang kakak. Lagipun esok lusa kakak mesti bantu dia juga.

Tanpa sedar, nun jauh di Durham, di Old Elvet Qhaleed rasanya namanya diseru. Dia berkata pada angin,

"Ilham, aku tahu kau baik. Tengok - tengokkan kakak kau seorang itu. Buah hati aku, Ainina Hani. Kata padanya, tadi pagi aku terkenang sambal tempe kering."


To be continued....




Saturday, June 22, 2013

Yang lepas jangan d kenang

Assalamualaikum...

Kemain kan my title tu? I want to blog about this since Wednesday but be bounded with many things. Yeah, but the main reason of not into this topic was because I thought this should be remain untold till end.

Tapi perkara ni tetap berlegar2 dalam kepala. Kengkadang made me hard to sleep at night.

Marilah ku berkisah sedikit. Dia lelaki yang pernah saya letakkan hati dan perasaan padanya. Namun saya amat menghormati dirinya. Dia tetap kawan yang baik. Kawan yang melindungi.

I was 21 when I firstly met him in front of dean office at the very beginning of my first semester in degree studies. We were classmates.

I was very impressed with him since the first time he introduced himself to the class and from that we became friends. The very good one. He has helped me a lot. I am still remembered the day he showed me the whole area of our faculty.

The very first moment that hold my heart on him was that when we were having lunch at a cafe located in HEP building near our faculty. We were alone when he suddenly project an issue.

 "Kenapa mesti pegang2 tangan atau bertepuk lengan bila couple? Tak boleh kah kalau sama - sama menjaga adap dalam perhubungan?"

I terkejut dan termanggu seketika.

"Nanti jangan begitu ye." dia berpesan. I kehilangan kata.
"Saya doa saya tak melakukan itu. Takkan sentuh selagi tak sah disisi agama."

Itulah kata - kata yang buat saya jatuh bertimpa - timpa cinta pada dia.

Dia sangat baik. Sangat menjaga dan melindungi saya.

Selama bertahun2 I put my heart on him. Obviously when he invited me to his wedding, I was badly hurt.

But then, Alhamdulillah now I am okay with that.

So kisahnya last Wednesday we met. He had 4-day seminar here and we went for dinner with another friend of us.

Yelah, dia kan pernah muncul dalam hati So,  the very first moments were like weird but both of us tend to quickly tolerate with the situation.

But then It was indeed an awesome dinner. We laughed while remembering past moments especially during we were classmates and updating our currents.

Indeed we are having our own lives now. We are adults. And of course nothing worth to rely back on what happened between us before. I just one to hold this:

We are friends. To the Jannah. InsyaAllah.

Dear awak yang pernah menghiasi hati,
Biarlah yang lama itu. Usah dikenang kan?
Kita sudah bahagia dengan apa yang kita ada sekarang.
Memang awak kawan yang baik.
Kawan yang banyak mengajar saya.
Terima kasih kerana pernah menghiasi hati
Terima kasih kerana menjadi sumber inspirasi saya selama bertahun - tahun.

Dear awak yang pernah menghiasi hati,
Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup.
Moga persahabatan kita ini kekal.
Moga awak sentiasa bahagia dengan apa yang awak miliki dan lakukan.
Titipkan doa buat saya ye.


Buat wanita itu, Ainul Mardhiyah,
Awak anugerah Allah baginya.
Bahagiakan dirinya selalu
Moga kalian berdua bahagia ke Jannah.


Awak,
Terima kasih sekali lagi.


Moga persahabatan kita beroleh keberkatan Allah.


Monday, June 17, 2013

Ceritera Rindu

Assalamualaikum..

Me, now really exhausted. Kepenatan. Hari ni hari mula kuliah. Belum sempat nak recap lagi sebenarnya. Yang kelakarnya, sampai tak sempat nak check alat tulis bagai. Adoyai Miss Laura!

Boleh I lupa kat mana my duster, my class key (power key) and marker pens. Huhuhuhu. Lawak la sangat kan?

Tapi this recent sem break, pun mmg bz dgn macam2 hal. Mmg tak terkejar. This previous weekend pun ada event. Dua hari berkampung di Berjaya Megamall. Previous weeks pulak sibuk la dgn meetings, and events dan yang paling menyeksakan adalah terlibat dalam process cari students baru. Well tidaklah menyeksakan tapi rasa penat dan kena meet the target kan?

And I also terlibat jadi emcee untuk beberapa events jugak.

But then, esok tarikh penting.

I wanna be the 1st to wish him Happy Birthday. Yeah, beriye kan I? Macam orang tu special habisan kan?
Nway, he is really special. A special friend of mine.

Nak wish here dulu lah:

Dear you Mr F,
Happy Birthday
May Allah bless you always
May only precious will be yours
May our friendship last forever.

May you find the best in everything you do,
May you find love, passion and determination to what you wanna do
May you find your soul mate who will loyal to the end of your life.

May you always remember me here, in Kuantan
Really miss you like crazy.

Mr F,
Enjoy your birthday, gang!

Sunday, April 28, 2013

Rindu

Ini sebenarnya bukanlah kisah rindu semata - mata. Ini namanya kisah mahu mengadu.

Kebelakangan ini, atau lebih tepat ku kira sejak awal Januari yang mana sudah hampir 5 bulan ini, nyata hidup tak selesa. Rasa marah. Rasa geram. Rasa tak bermaya. Rasa seperti hidup sekadar 'just with the flow'. Atau frasa tepatnya adalah 'wallowing myself into broken'.

Tetapi jelasnya adalah marah pada diri. Marah kerana dugaan sekecil itu tak mampu hendak di ubah menjadikan ia sang dugaan kepada sang peluang untuk memajukan diri.

Jujurnya kadang - kadang merasakan bahawa orang - orang di sekeliling tidak adil. Padahal diri sendiri yang tidak mahu berubah. Padahal, diri sendiri yang tidak mahu melakukan.

Konflik dalam diri. Bukan keras hati tapi mengeraskan hati. Konon - konon biar diri jadi kuat hingga tiada orang mampu berkata apa - apa lagi. Bunyinya memang pelik.

Aku memang takut kalah. Lebih - lebih lagi bila dibandingkan dengan orang itu. Terasa mahu memberontak tapi akal masih ada. Bagaimana ye, ada orang lain mampu berubah dengan baik?

Atau, beginikah rasanya kurang kasih sayang?

Then, the title of this entry makes sense. Rindu.

Rindu pada masa lalu.
Rindu pada ketenangan masa lalu.
Rindu pada kedamaian masa lalu.
Rindu pada semangat yang tinggi, komitment tidak berbelah bahagi.
Rindu pada hari - hari ceria yang sukar nak di ulang.

Tapi yang lebihnya
Rindu pada suaranya. Rindu pada belaiannya. Rindu akan nasihatnya.

Tak kurangnya juga
Rindu pada teman itu
Rindu yang sukar nak diungkap


Nun jauh dalam hati, aku ingin berubah. Aku ingin menjadi yang lebih baik. Aku mahu jadikan dugaan kecil itu satu peluang.

Cuma, aku perlukan sokongan kalian. Sokonglah aku seadanya. Nasihatkanlah aku baik - baik. Sayangilah aku dengan ikhlas hati.

Jadi benarlah ini rasanya kurang kasih sayang? Atau sebab utamanya adalah kerana aku berkecil hati?

Apapun jua, aku perlu masa. Perlu masa mencari diri aku semula. Bantulah aku. Dan titipkanlah doa kalian. Moga - moga kita berhasil. Aku mahu mencari kasih sayang Allah yang mutlak.