Wednesday, May 25, 2022

Selepas sepuluh tahun ini

Sepuluh tahun lamanya kamu itu menjadi penting bagi aku.

Berawalnya baik, kemudiannya dingin dan menjadi baik lagi.

Petang ini, aku mendapat sedikit keberanian untuk menyatakan Terima Kasih. Dengarkanlah. 

Kamu, yang membuatkan aku merasa ada yang berjalan sama. Menjadi matang bersama. 

Kamu, yang membuatkan aku merasa cukup. Menjadi kawan, menjadi teman dikala susah dan senang. 

Kamu, yang membuatkan aku merasa tidak janggal sendirian. Sentiasa ada di kala perlu. 

Kamu, yang selalu melayan anginku. Angin mengada - ngada, malah amarah dan kekesalanku. Memberi perhatian dan juga nasihat. 

Kamu, Iya, kamu yang aku panggil Dear,

TERIMA KASIH. 


Petang ini juga, aku mendapat sedikit kekuatan untuk menyatakan, 



PERGILAH KAMU. 

Pergilah kepada atau kemana sahaja kamu mahu pergi. 

Pergilah... 

Aku rela. 


No comments:

Post a Comment