Sunday, November 18, 2012

Ceritera BFF saya


Hari ini sudah 17 November. Hanya tinggal sebulan lebih sahaja, bff saya akan berkahwin dengan kawan sekolah kami. Saya doakan yang terbaik buat mereka berdua.

Best Friends Forever (BFF). Iya. Itu kisahnya beberapa tahun yang lalu. BFF saya itu orangnya pendiam sangat ketika mula – mula saya berkawan dengannya. Dia pendiam. Saya pula kononnya antara yang kepoh di sekolah dahulu.

Dia pendiam, saya pula kepoh. Jadi kami serasi sangat kan? Sebenarnya dia jenis yang simpan rahsia. Dia baik. Dia selalu ada bila saya senang ataupun saya susah. Dia juga tak mahu saya sedih. Sebab itu dia tak sanggup nak beritahu saya dia mahu tukar sekolah. Dia hanya kirimkan sekeping surat sahaja pada saya melalui jirannya yang juga kawan sekolah kami. Sungguh, saya yang terkejut, tidak tahu hendak buat apa. Tetapi dia janji dia akan selalu berhubung. Dia janji. Dan dia tidak pernah memungkiri.

Dia BFF saya. Banyak yang dia ceritakan pada saya. Banyak juga yang saya ceritakan pada dia. Kami sememangnya berkongsi tentang banyak perkara. Antaranya tentang masa silam, tentang keluarga dan juga tentang angan – angan. Tentang kesukaan dan juga tentang kebencian.

Dia juga banyak menasihati saya. Dia juga banyak menegur saya. Banyak juga yang dia ajarkan pada saya. Nasihat dan teguran dia buat saya kuat. Buat sandaran hati saya. Buat penenang jiwa saya.

Biarlah saya kisahkan tentang dia yang banyak menghiasi zaman – zaman remaja saya. Kami mula berkawan sejak sekolah. Berkawan dan menerima satu sama lain. Mulanya kawan biasa hingga jadi kawan yang luar biasa. Dialah BFF saya.

Kalau dibelek – belek buku lama ketika zaman remaja pasti tercoret sesuatu yang mengingatkan saya tentang dia. Saya masih simpan buku autograph ketika penghujung tingkatan tiga. Dia ada lukiskan satu signmark nama saya. Elok lagi ia bertampal. Kalau dibelek – belek album lama juga pasti terjumpa kenangan saya dan dia. Ada sekeping gambar kami berdua. Dan saya fikir itulah satu – satunya gambar kami berdua. Selebihnya adalah gambar beramai – ramai. Dan dibelakang gambar itu ada saya coretkan sesuatu menyatakan dialah kawan terbaik saya. Ada juga saya coretkan sesuatu yang mana saya mahu menunggunya sampai bila – bila. Bunyinya kelakar kan?

Dia BFF saya. Dia juga pesaing terhebat saya dalam pelajaran. Saya perlu belanja dia kalau saya kalah bertanding. Begitulah juga kalau dia yang kalah bertanding. Saya masih ingat ketika hari pengumuman keputusan PMR. Waktu itu musim banjir. Dan saya naik sampan dibeberapa tempat untuk mengambil keputusan. Saya dapat 5A waktu itu. Dia juga dapat 5A. Kami tidak berjumpa di sekolah tetapi dia menelefon saya dan kami banyak berbual tentang keputusan dan tentang aliran apa yang hendak kami ambil pada tahun hadapan. Begitulah juga kisahnya ketika di IPT.

Dia BFF saya. Dia jugalah teman yang selalu menghiburkan hati saya. Kalau saya risau, pada dialah saya mengadu. Kalau saya senang, dialah yang pertama akan saya khabarkan berita itu. Dialah yang pertama saya akan hubungi. Mengetahui keadaannya adalah sesuatu yang mesti saya ketahui terlebih dahulu dalam banyak perkara.

Dan benarlah, zaman remaja zaman yang penuh dengan perkara yang entah apa – apa. Sikapnya telah buat saya jatuh cinta. Dan akhirnya menyebabkan dia menjauh diri. Salah saya juga kerana terlalu terbawa rasa itu. Akhirnya saya yang malu sendiri. Namun dialah BFF saya. Walaupun begitu akhirnya dia nasihatkan saya. Akhirnya kami kembali berkawan. Saya serik kehilangan dia. Jadi rasa tak seberapa itu saya pendamkan terus dalam dasar hati. Kami terus jadi kawan yang kembali menyokong dan mendokong satu sama lain. Malah hubungan itu lebih akrab dari sebelumnya.

Hubungan kami akrab benar. Kami saling ambil berat. Saling percaya. Tetapi salah saya juga yang tidak sabar dan suka main – main. Akhirnya kami bergaduh hingga dia menjauh sekali lagi. Kali ini susah benar hendak saya pujuk. Jadilah saya ibarat ibu kucing hilang anak. Resah. Saya sudah tiada lagi kawan yang boleh saya ceritakan tentang hidup. Saya sudah tiada lagi kawan yang akan menasihatkan saya. Saya sudah tiada lagi kawan yang akan menghibur hati saya. Saya tiada lagi kawan yang akan menghubungi saya selang tiga hari. Saya sudah tiada lagi kawan yang akan menegur saya tentang banyak perkara. Saya sudah tiada lagi kawan yang ambil berat tentang saya. Segala – galanya bagai terhenti. Saya sudah hilang kawan yang paling saya sayang. Dunia saya seakan gelap. Iya. Keadaannya bagai ibu kucing hilang anak. Iya sehingga bertahun – tahun lamanya. Saya tetap ibu kucing hilang anak yang tercari – cari mana perginya kawan terbaik saya.

Aku sudah tidak tahu bagaimana hendak berkawan dengan kau. Kau macam orang asing bagi aku sekarang!

Dalam saya cuba memujuknya. Mengakui salah saya. Dalam saya cuba untuk tidak kehilangannya, saya terima satu sms ringkas berbunyi seperti diatas. Waktu itu hati saya pilu sangat. Akhirnya saya benar – benar sudah kehilangan kawan terbaik saya.

Berbulan – bulan saya cuba bertabah. Banyak kali juga gagal. Saya rindu kawan saya. Rindu nak berbual. Banyak kisah yang hendak saya khabarkan. Banyak juga gelisah ingin saya adukan. Banyak rasa ingin saya kongsikan.

Masih terasa peritnya hati saya bila sms dihantar tak pernah dibalas. Panggilan telefon juga tak pernah diangkat. Kalaupun diangkat, diamnya bisu tak berkata – kata? Tidak rindukan dia pada saya? Tak pernahkan dia ingat akan saya? Adakah salah saya itu tak termaafkan?

Dia memang BFF saya. Suatu hari saya resah tiba – tiba? Sakitkah dia? Dan bila rasa resah itu saya sahkan melalui sahabatnya, saya jadi risau teramat – amat. Saya mahu melawat tetapi gusar kehadiran saya tak dipeduli. Kawannya yang saya tak pernah jumpa itu, memujuk agar saya hadir. Katanya keadaannya agak merisaukan. Saya mahu pergi tetapi sms darinya itu menghalang saya. Saya inikan sudah asing sekali bagi dirinya!

Dia memang BFF saya. Jadi walaupun dia tidak mahu berbaik, saya tetap berusaha. Dan akhirnya doa saya termakbul. Setelah hampir dua tahun tidak berbual, akhirnya dia menjawab panggilan saya. Dan akhirnya kami berdamai.

Walaupun persahabatan baru yang terbina ini sesuatu yang saya nantikan tetapi ianya tetap tidak sama dengan yang sebelumnya. Namun, tidak mengapalah, saya sudah dapat kembali kawan saya walaupun dia mungkin sudah anggap saya sebagai kawan biasa. Biarlah saya tetap menganggapnya sebagai BFF saya.

Dan, tidak lama lagi dia bakal melangsungkan perkhawinan. Tahniah sahabat. Tahniah BFF ku. Walaupun dalam hati saya masih ada kamu, saya akan bertabah. Saya akan menguatkan semangat saya. Saya akan berusaha lagi. Dulu, saya pernah berusaha dan berjaya melalui hari – hari yang sukar tanpa kamu, jadi In Sha Allah, tentu kali ini saya juga akan mampu bertabah.

Ada orang bertanya, mengapa saya menulis begini? Jawapannya mudah, Saya mahu bertabah tapi sering gagal. Mahu saya lepaskan apa yang ada dalam hati tentang dia (BFF saya) tetapi sering tak terlepas. Mahu bebas dari rasa tak menentu ini tetapi tetap terkurung. Saya mahu redha, mahu bertabah dengan semua ini tetapi mengapa payah benar?

Saya menulis ini sebagai satu kaedah mahu bertabah. Mahu saya ceritakan pada teman – teman tetapi tak ramai yang memahami. Jadi saya menulisnya. Jika ada yang terbaca kisah ini, nasihatkanlah saya.

Saya menulis bukan untuk mengelirukan hati sesiapa. Dan bukan juga saya mengharapkan dia kembali pada saya. Tidak sesekali. Saya tidak sanggup untuk menjadi orang ketiga dalam perhubungan mereka. Tidak sesekali. Saya cuma mahu berkongsi cerita. Kerana saya rindu kawan terbaik saya. Saya menulis kerana saya mahu redha. Mahu merasa bahagia kerana dia, BFF saya sedang bahagia juga.

Bertabah… bertabah… bertabah…
Doakan saya kawan – kawan….


Thursday, August 9, 2012

Awak yang saya kenali

* Eh, banyak memborong! Apa tu?
- Belikan anak buah gula - gula strawberry ni. Dorang jual kat sekolah.
* Eh, ye ke?
- Ahah. Tak nak beli strawberry?
* Entah. Macam nak tapi too many choices.
- Beli la yang ni. Murah. Besar - besar pulak.
* Okay. Awak..
- Ye?
* Tunggu saya beli strawberry ni. Lepas tu, boleh temankan saya jalan - jalan?
- Oh, boleh.

Sopankan dia? Hati dah dup dap dup dap. Sebabnya tak biasa kot nak jalan - jalan dengan lelaki yang baru dikenali ni. Di tempat asing pula. Tapi kuatkan juga semangat. Sebab tahu dia lelaki baik.

* Jom.
- Jom.

Elok sampai gerai seterusnya, dia berhenti. Belek - belek kaktus. Aku ikut perhati tak jauh dari dia. Tiba - tiba terpandang seseorang yang juga dikenali sedang kearah kami. Orang itu senyum lebar dan turut perhati kaktus yang sama. Aku dah menunduk. Terasa segan.

* Lawa kan?
- Ahah. Tapi takut tak boleh hidup bila bawa balik.
* Betul juga.

Dia sudah mula nak bergerak keluar dari gerai. Aku ikut melangkah. Dia senyum juga pada orang itu. Dan orang itu mengusap belakangnya. Aku yang memerhati terasa lain pula. Pandangan orang itu terpalit pula ke wajahku dan keningnya diangkat ke arah dia sang teman baruku. Cuba mengatakan apa? Mahu mengusik? Tak perlu rasanya aku.

Bila mereka berpamitan, aku dulu yang melangkah ke hadapan. kawan baruku itu juga datang bergerak seiring. Tiba pula kami di gerai yang menjual sayur segar. Aku tertarik pada ketulan - ketulan ubi jepun yang aku fikir kalau direbus, tentu sedap. Terasa mahu memilih.

* Nak beli ni?
- Ahah. Nampak lawa. Harga murah sikit dari yang lain.
* Masak apa nanti?
- Rebus sahaja.

Dia dah tarik plastik yang dihulur dek tukang gerai.

* masuk dalam ni.

Aku ikut sahaja. Tak berapa lama, asyik pula kami memilih ubi jepun untuk dibawa balik. Agak penuh satu plastik, barulah selesai. Dia bawa ke tukang gerai dan dia bayar harga ubi tersebut. Dan dia jinjit plastik ubi itu untuk aku. Dan kami terus melangkah. Sesekali bertembung lagi dengan kawan - kawan lain yang juga datang untuk sesi latihan di sini. Oh, mereka juga tak kurang membeli - belah.

- Kat sinilah tadi beli gula - gula untuk anak buah
* Okay. Kita masuk ye.

Aku ikut sahaja dia masuk ke kedai. Dia asyik membuat pilihan dan aku membuang pandang pada barangan cenderahati. Juga berbentuk atau ada bentuk strawberry. Nampak comel. Tetapi tiada niat untuk aku beli.

* Yang ini kan?
- Ahah.

Aku terkaku sekejap ketika dia berlalu membuat bayaran. Terkasima sebenarnya bila terasa terlalu dekat jarak antara kami tadi. Namun, aku diamkan aja dulu.

Akhirnya aku kearahnya. Mata bertentang seketika dan bila nampak dia sudah dapat baki duitnya, aku mula melangkah keluar dari gerai bertanda No 8 itu.

Aku melangkah perlahan - lahan kerana dia seperti tertarik dengan bunga - bunga yang dijual di gerai bersebelahan. Aku ikut kerling juga memandang bunga - bunga itu. Tiba - tiba aku terfikir, di CH ni tak adakah bunga tulip?

* Macam nak beli bunga.
- Eh, suka bunga. Nak bagi siapa.
* Bagi family.
- Oh.

Sweetnya! Aku dah jerit dalam hati. Aku pandang dia yang asyik membelek bunga.

* Lily wangikan?
- Ahah.
* lawa warna apa ye.
- Putih. Suci murni.
* Suci murni.

Aku tersengih. Dia ketawa kecil. Akhirnya dia tarik satu tangkai bunga lily warna putih. Kemudian dia belek pula sejambak rose.

* Merah lagi lawa atau warna lain.
- Merah lawa tapi biasa jumpa. Ambillah warna lain. Purple ke, biru ke?
* Hmm...
- Eh tak kisahlah. Semua cantik

Itu ayat cover sebenarnya. If I were you, I'd choose blue color.

* Ambil warna biru nilah.
- Okay.
* Yang ni pula?

Aku mencongak seketika. Aku nampak dia tarik bunga daisy a.k.a Gerbera warna merah terang lagi. Tapi aku dah tersuka Gerbera soft pink. Sangat lembut.

Tak semena - mena aku tarik pula sejambak gerbera soft pink.

- Saya suka warna ni.

Dia letak kembali gerbera light red tu dalam bakul. Bunga di tangan aku dia pegang. Tangan aku lepaskan.

* Okay kita beli yang ini.

Dengar tu? Kita. Bukan saya. huhuhu.

Pandangan aku alihkan ke arah jalan raya. Terlihat pula aku beberapa orang yang dikenali. Untuk lebih jelas, peserta latihan. Terasa malu pula bila orang diselah sana mengisyaratkan sesuatu. Aku senyum sahaja dan kembali menunduk wajah.

Bunga - bunga siap dibayar dan kami meneruskan langkah lagi.

* Nak beli air lah.
- Okay.

Kami terus ke gerai yang menjual air minuman. Di situ ada juga menjual jagung rebus bertandan, buah strawberry celup coklat, dan ubi keledek rebus.

* Kak, air orange dua, jagung satu dan ...

Dia kalih memandang tepat ke arah aku. Bertanya. Aku hanya menggeleng.

* Bagi strawberry coklat ni dua batang ye.

Air oren yang siap dicedok dalam cawan tinggi dihulurkan kepada aku.

- Terima kasih.

Aku tak expect dia akan belikan untuk aku. Well, tak kisah pun.

Usai semuanya kami mula bergerak. Dari jauh aku lihat kawan - kawan trainer masih lagi sibuk membeli - belah. Aku sudah tidak larat. Tengah bulan kot sekarang.

* Ada lagi nak beli?
- Cukuplah.
* Jom pergi tunggu dekat bas.
- Okay.

Tanpa hiraukan kawan - kawan lain, kami dah beransur kearah bas. Jauh juga sebenarnya nak melangkah. Berjalan la kami berdua dengan tangan kanan memegang air oren, dengan tangan kiri memegang hasil belian yang boleh tahan banyak.

Nasib kami tak baik. Bas tidak berpenghuni dan masih bertutup kemas pintunya. Jadi kami melabuh punggung pada batu divider ditepi bas. Bukan divider di tengah jalan tapi yang ditepi jalan. Duduk - duduk dan mengambil angin. Hasil belian diletakkan ke tepi kaki. Leganya rasa.

Tiba - tiba aku terkaku seketika. Kotak berisi strawberry coklat di hulurkan kepadaku. Cepat aku menggeleng.

* Ambillah. Beli tadi memang untuk awak juga.
- Sedap ke?
* Bolehlah. Rasa coklat!

Aku ketawa kecil. Terasa kelakar. Dia juga.

Sesekali kereta yang lalu lalang kami biarkan aja. Walaupun ada yang memerhati. Aku buat tak tahu sahaja. Lama kami begitu hingga strawberry coklat habis licin. Jagung yang ada juga dia kerat dua. Satu bahagian dihulurkan buat aku dan satu lagi buat dirinya. Terasa sejuk, aku keluarkan shawl dari dalam beg. Lalu aku buat membungkus badan. Yelah, nama pun di Brinchang. Usai semuanya barulah aku kembali menggigit jagung.

* Duk sini best kan?
- Tak nak. Sejuk sangat.
* Ala. Nanti biasalah tu.
- Kan best kalau boleh jalan - jalan bercuti.
* Yelah. Schedule pack pula.
- Itulah.
* Next week pula, dah menunggu kerja.
- Itulah. Bila mengenang tentang next week, rasa macam tak nak balik.
* Kata sejuk.
- Yelah. Kalau duduk sekejap sampai hujung next week okayla.
* Nanti bos awak tak keruan. Projek besar tu.
- Hmmm... Kadang - kadang terasa nak jadi paid housewife aje.
* Paid housewife?
- Kerja kat rumah. lepas tu ada orang bagi gaji. kan seronok?
* I have to work.
- Then, proceed
* I have to work so that you'll be my paid housewife.
- Hahahaha.

Gelak panjang aku.

* Think about it, okay.
- don't want/
* y?
- We are not spouse.
* It can be happened if we want it.
- Hahahaha. jangan la buat lawak lagi. Dah tak tahan gelak ni.
* Okaylah. But if you really have times, think about it yeah.
- Insya Allah.

Waktu tu aku macam just go with the flow. Tak fikir apa - apa.

Tapi sekarang? Soalan dia tu terbayang - bayang aja. Aku suka dia ke? Entah?

Macam nak qoute je sesuatu yang aku jumpa dalam fb

"I can be good wife, good mother to your kids, good cook, good house manager. But if you promise me 1 thing. You'll guide me into Jannah"

- Will you?
* Insya Allah

Tamat.

********
p/s 1: awak, ye awak yang saya kata akan tuntut janji awak untuk belanja buka puasa. Pernah dengar kisah atas ni? Maaf saya revamp sikit. Siyes, saya terkedu waktu itu. Tapi awak, kalau tak dapat berbuka bersama tak apa. Sebab saya fikir juga kalau kita pergi berbuka bersama nanti bimbang susah nak solat dan terawih. Jadi, saya tak marah kalau tentang itu. Dan saya sendiri malu nak menuntut janji awak itu sebenarnya. Ayuh, kita bertabah.

p/s 2: korang yang membaca, jangan nak predict lebih - lebih ye. Si dia dalam cerita di atas adalah seseorang yang saya hormati. Tiada kena mengena dengan hati dan perasaan saya kepada sesiapa.

SEKIAN.

Monday, May 21, 2012

My BFF

Kalaulah orang kata aku macam - macam aku tak kisah. Kalaulah orang kata aku orang gila, aku tak kisah. Kalaulah orang kata aku orang asing aku tak marah. Tapi kau! Aku rasa sedih sangat. Rasa macam nak pitam. Rasa macam berderai sebagaimana berderainya telefon sony erickson pemberian along waktu itu. Rasa macam hati aku dah melayang pergi lalu hancur. 

"Kau dah orang asing bagi aku!" Itu ayat kau. Dan aku tak tipu, waktu itu aku tersandar di dinding Dan telefon aku jatuh juga lalu berkecai. Jatuh dari katil tingkat atas. Lama aku terjeda. Kau kah yang berkata sedemikian? Dan serentak, air mata ku mengalir. Bercucuran tanpa henti. Aku tak sedar tangisanku sudah jadi raungan. Hinggalah Kay masuk ke bilik dek terkejut mendengar raungan aku.

Aku dah hilang kau. Aku dah tiada kawan terbaik. 

Kau tahu bukan mudah aku nak hidup tanpa kau. Bukan mudah aku nak tenangkan perasaan aku. Kay dan Rose bawa aku pergi genting. Konon - konon nak tenangkan aku tapi aku menangis juga depan pintu masuk Cable car sebab kau pernah bawa aku ke sini. Aku gayat tapi kau tenangkan aku dengan alunan gitar kau. Waktu itu kita pergi ramai - ramai dengan geng sekolah. 

Kemudian, Kay dan Rose ajak aku balik kampung. Musim durian. Panjat pokok. Tapi bila kakak Kay hulurkan aku buah mencupu aku tiba - tiba sebak. Kau yang mula - mula kenalkan aku dengan buah mencupu. Hingga buah tu jadi kegemaran aku. Setiap kali musim buah kat kampung kau, kau bawa balik atau kau kirimkan buah tu melalui Arman, adik kau yang satu Uni dengan aku.

Susah sangat aku nak lupa kata - kata kau tu. Kau tinggalkan aku begitu sahaja tanpa aku tahu apa salah aku. Kau terus menghilang lepas tu. Kau memang tinggalkan aku terkontang - kanting. 

Well, Its really not easy for me. Aku pernah cari Arman. Aku call dia pun tak berangkat. Kau dah plan kan dengan adik beradik kau semua yang kau memang nak tinggalkan aku? Dan, nasib baik aku tak tahu rumah baru kau di Seremban. Kalau tidak dah lama aku cari kau sampai rumah. Dan aku tak tipu aku pernah ajak Rose pergi kampung kau musim buah - buahan tapi aku tak jumpa pun bayang - bayang kau atau ahli keluarga kau.

Aku sedih sangat. Dah bertahun - tahun kita berkawan. Dah macam - macam benda kita lalui bersama. Tapi kenapa tiba - tiba kau menjauh dan tiba - tiba kau kata aku orang asing bagi kau? Apa salah aku? Aku sedih kerana, kau tak mahu berkongsi dengan aku. Aku sedih sangat. 

Qhaleed, sampai hari ini, setelah 7 tahun, aku masih lagi rindu akan kau. Aku tak pernah marahkan kau. Aku cuma sedih kau tak mahu bercerita dengan aku. Aku sedih kau tinggalkan aku begitu sahaja. 

My dear bff, Ahmad Addin Qhaleed, moga kau berhidup dengan tenang. Moga kau tak lupa yang kau pernah berkenalan dan berkawan dengan seorang perempuan bernama Ainina Hani Binti Azhari.


psst: idea datang mencurah - curah tapi tak sedar jam dah 12 lebih. I nak balik rumah kemas baju utk pergi training petang ni. nanti I sambung ye.